Assalamualaikum!! I buat kombek harini (comeback la). Macam biasa la aku akan tinggalkan blog ni untuk jangka masa yang mungkin sangat lama lepas tu update balik huhu. Ok i want to share some knowledge with you guys (girls especially out there yang cecantik molek jelita) but boys are allowed to read too no worries okay.
Harini ada mini program, mini ke eh aku pun tak pasti sebab dia provide tempat yang macam limit untuk orang duduk, siapa cepat untung la dapat tempat duduk ha macam tu. So saya antara orang yang beruntung tu hi hi. Program ni melibatkan seorang lecturer daripada kolej aku sendiri la, Siti Yuhanis kalau tak silap. Aku tak kenal pun sebab tak pernah ada kelas dengan dia. Ustazah ni gila punya kelakar wey dengan expression muka dia masa bercerita, terhibur betui. Dah la jenis yang mudah terhibur dapat pulak penceramah yang macam ni, so takde la bosan sangat mendengarnya ek.
Tajuk program, ikhtilat. Ok apa tu ikhtilat? Nak tahu tak masa aku dengar tajuk ni je aku dah terus assumed yang maksud dia macam berdua-duaan hahaha ok hampir la ok. Maksud sebenar ikhtilat eh jap biar aku type kat bawah pulak (LOL)
Ikhtilat : Pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang ajnabi.
Tapi dipecahkan kepada dua pulak, iaitu pergaulan secara beramai-ramai dalam keadaan yang diperlukan & pergaulan yang melibatkan dua orang berlainan jantina (lelaki dengan perempuan sahaja = khalwat)
Oh berdua pun dikira khalwat eh? Iye, ustazah ada cakap yang bila berdua ni tak kira tempat. Gelap ke terang.
So hukum dia macam mana pulak? Hukum asal ikhtilat ni adalah haram tapi para ulama' guna jalan pertengahan sebab yelah, zaman sekarang kau nak elak daripada communicate dengan orang lelaki memang tak ler nak buat assingment grouping pun ada member lelaki betul tak? So sebab tu diberi kemudahan sikit.
Antara 7 perkara yang membawa kepada ikhtilat yang salah ;
a) Memberi salam
Ha!!!! Bagi salam pun takleh?!!! Apa ni?!!! Sabaq nak oi hahaha. Kita kena bijak dalam menilai salam orang kakaka. Ok kalau jawab salam memanglah wajib kan. Tapi kalau salam tu salam mengurat takyah la jawab, nak menggatai je tu. Tapi aku pernah la terjawab sebabnya aku pun kekadang tak tahu pasal benda ni, yelah aku pun anggap wajib jawab tapi aku tak jawab kuatlah. So lepas ni, takyah jawab.
b) Senyum
Senyum menggatai gidik-gidik tak nak. Haha tak dibenarkan la. Nanti dah senyum-senyum, jatuh hati pulak aduyai haha pastu takleh move on pulak alamak. Senyum bukan sedekah ke? Betul, tapi kena pada tempat. Ustazah cakap kalau boleh macam elakkan lah sebab ni boleh lead to zina.
Oh ye, ada pasal kalau senyum guna emoji dalam media sosial. Kalau jawab tu mesti more straight to te point jelah takyah panjang lebaq nak long conversation. Sebabnya ustazah cakap, orang lelaki ni pandai menilai perempuan ni macam mana, cute ke manja ke daripada cara kita reply ws/text diorang. And orang lelaki ni suka bab-bab macam ni (bukan semua la)
c) Sembang
Sembang ni tak ingat sangat macam mana tapi lebih kurang dengan point kat part senyum tadi. Yang bila ws/text tu.
d) Suara
Suara bila bercakap dengan ajnabi. Cakap cara biasa, jangan ada lenggok-lenggok macam tu lah.
e)Pandangan
f)Bersentuh (tak sengaja takpe tapi jangan selalu tak sengaja pulak hahaha)
g) Berzina
Aku tak explain detail untuk beberapa tu sebabnya aku harap kita semua sedia tahu la. If anything try google or tanya pada yang lebih berilmu. Aku just nak share apa yang aku dapat harini je. Semoga bermanfaat untuk kita semua, baik lelaki mahupun perempuan.
Ikhatilat ni dibolehkan dalam beberapa perkara macam darurat, melayan tetamu & dalam kenderaan awam.
In short, kita mestilah perbetulkan niat kita & matlamat. Ustazah pesan, niatkan lah apa yang kita buat semuanya kerana Allah s.w.t. Ok sampai sini je perkongsian ilmu daripada aku. Lain hari ada rexeki amboi typo tu, rezeki, aku update cerita lain pulak eh. Sekian.